Thursday 8 October 2020

Siapa Raja Laut? Ini penjelasan pejabat Sultan Selangor

Pejabat Sultan Selangor memaklumkan, Raja Laut turut menjadi pengasas kepada penubuhan Kuala Lumpur Sanitary Board pada tahun 1890.

KUALA LUMPUR: Pejabat Sultan Selangor hari ini menjelaskan Raja Laut yang namanya diabadikan di sebatang jalan di Kuala Lumpur sebenarnya merupakan seorang pembesar di negeri tersebut. Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman media sosial rasmi Selangor Royal Office itu berkongsi sejarah latar belakang Raja Laut yang diputerakan pada 1850 dan merupakan putera kedua Sultan Selangor ke-3, Almarhum Sultan Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah. Kenyataa itu berkata, Almarhum juga adalah anak saudara kepada Sultan Selangor ke-4, Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah. "Almarhum mendapat nama gelaran ‘Laut’ kerana dikatakan dilahirkan ketika bondanya berada di perairan sekitar Lukut. "Almarhum tersohor sebagai ketua masyarakat Melayu di Kuala Lumpur pada tahun 1880 dan antara individu yang telah menyelesaikan banyak masalah yang timbul pada ketika itu. "Almarhum yang tinggal di Kampung Rawa, pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Negeri Selangor dan bertindak sebagai hakim dan penghulu di Kuala Lumpur," jelas kenyataan Istana Selangor itu lagi. Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan nama Jalan Raja Laut 1 kini ditukar kepada Jalan Palestin. Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL menerusi satu kenyataan berkata, cadangan mewujudkan Jalan Palestin di Kuala Lumpur tercetus semasa Majlis Himpunan Hari Quds Sedunia yang diadakan di Dataran DBKL pada 26 hingga 31 Mei tahun lalu.

maklumat lanjut klik sini

No comments:

Post a Comment