Tuesday 8 December 2015

Perkhidmatan: jenazah,kubur, penanaman uri & lain-lain

Perkhidmatan yang disediakan di Tanah Perkuburan Taman Selatan, Presint 20 Putrajaya adalah seperti berikut:-

- Perkuburan Islam (Khas untuk permohonan bagi Penduduk Putrajaya sahaja)* -Bayaran Plot RM100.00 bagi dewasa dan RM 50.00 bagi kanak-kanak -Batu Nesan RM 250.00 bagi dewasa dan RM 200.00 bagi kanak kanak (Tertakluk pada harga semasa)

- Perkhidmatan Van Jenazah (tertakluk dalam lingkungan 100km dari Putrajaya) -Bayaran RM 50.00 bagi penggunaan dalam putrajaya -Bayaran RM 50.00 + RM 0.55sen bagi perkhidmatan penghantaran ke luar Putrajaya.

- Pembakaran Mayat bagi bukan Islam*
- Bayaran RM 600.00 bagi setiap pembakaran mayat di Krematorium Taman Selatan.

-  Perkuburan bagi Bukan Islam*
-Bayaran RM 100.00 bagi Plot dewasa dan RM 50.00 bagi kanak kanak.

*Perlu Mendapatkan Permit Menguburkan yang dikeluarkan pihak Hospital atau Polis Terlebih dahulu sebelum proses selanjutnya.

** Tidak memerlukan Permit
==========================

Perkhidmatan yang disediakan di Tanah Perkuburan Taman Selatan, Presint 20 Putrajaya adalah seperti berikut:-

Bagi Perkhidmatan Penanaman Uri/tembuni** dan Anggota Badan/Tisu* yang bercerai dari tuan tubuh seseorang yang masih hidup,pihak PPj menyediakan satu kawasan khas untuk hal berkaitan dan ianya TIDAK DIKENAKAN bayaran namun perlulah terlebih dahulu memaklumkan/mendapat kebenaran dari Pentadbir Tanah Perkuburan Taman Selatan bagi mengelakan salah guna dan syak wasangka,plot yang disediakan adalah berstatus TEBUS GUNA dan ianya terletak di Barisan 4 dan 5 berdekatan Pusara Almarhumah Tun Endon@Andon binti Mahmud.

Untuk Sebarang Pertanyaan bolehlah menghubungi kami di Talian :-

Pejabat : 03-88877674 (Isnin-Jumaat 8.30am-5.30pm) Khairul Faizy Bin Jaapar : 019-3596716 Ahmad Faizal Bin Johari : 012-6872500

*Perlu Mendapatkan Permit Menguburkan yang dikeluarkan pihak Hospital atau Polis Terlebih dahulu sebelum proses selanjutnya.

** Tidak memerlukan Permit
==========================

Bagi Proses Memandikan Jenazah Pihak PPj tidak menyediakan perkhidmatan berkenaan namun pihak waris bolehlah menghubungi nombor berkenaan untuk tujuan selanjutnya :-

-Masjid Putra (Kariah bagi Penduduk Presint 8,Presint 9,Presint 10,Presint 11 dan Presint 7)

No Tel Pejabat : 03-8888 5678
Ustaz Nazri : 017-387 9840

-Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Kariah bagi Penduduk Presint 5,Presint 6,Presint 14,Presint 15,Presint 16,Presint 17,Presint 18 dan Presint 19)

No Tel Pejabat : 03-8888 4314
Ustaz Mohd Asri : 012-687 2712

-Surau (Jumaat) Al Furqon,Presint 11

No Tel Pejabat : Tiada Maklumat
Ustaz Haji Ismail : 019-221 8275
Haji Yusri            : 013-335 2484

No comments:

Post a Comment