Showing posts with label penjawat awam. Show all posts
Showing posts with label penjawat awam. Show all posts

Saturday, 16 August 2025

Lima inisiatif baharu tingkat kesejahteraan penjawat awam



1. Penambahbaikan Skim Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  • Kelayakan masuk skim Askar-Lasykar Angkatan Tetap ATM (Gred Z1 – Tugas Khusus) diperluas kepada tujuh kelayakan pelbagai seperti Kor Perubatan, Kor Agama dan Kor Kejuruteraan.
  • Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) kini meliputi Sarjan (Gred Z4) dan Staf Sarjan (Gred Z5).
  • Tempoh perkhidmatan untuk kelayakan BIPs dipendekkan daripada enam tahun kepada empat tahun, memberi manfaat kepada 3,789 anggota dengan implikasi RM6.47 juta setahun mulai 1 Januari 2026.

2. Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) untuk Pegawai Awam
  • Insentif kewangan sekali sepanjang perkhidmatan bagi pegawai yang menamatkan pengajian menggunakan perbelanjaan sendiri.
  • Kadar: RM1,250 (PhD), RM1,000 (Sarjana), RM750 (Ijazah Sarjana Muda), RM500 (Diploma/setaraf).
  • Melibatkan bajet RM75.7 juta untuk manfaat 91,672 pegawai awam merentasi semua skim perkhidmatan. 

3. Peruntukan RM3 Juta Memperkasa INTAN
  • RM1 juta untuk peningkatan kapasiti pegawai awam dalam bidang baharu seperti AI, blockchain dan PQC.
  • RM1 juta untuk menjadikan INTAN pusat rujukan tadbir urus, modal insan, penyampaian perkhidmatan dan kerjasama awam-swasta.
  • RM1 juta untuk penerbitan INTAN Country Report setaraf laporan OECD dan World Bank. 

4. Program APEL.Q Diteruskan untuk Tahun 2026
  • Bantuan yuran pengajian sehingga 50 peratus atau maksimum RM15,000.
  • Peruntukan RM1.5 juta bagi membolehkan penjawat awam melanjutkan pengajian melalui pengiktirafan pembelajaran terdahulu. 

5. Pemansuhan Syarat Pengesahan Perkhidmatan untuk Cuti Haji
  • Penjawat awam tetap kini boleh memohon cuti haji tanpa perlu memenuhi syarat pengesahan dalam perkhidmatan.
  • Langkah ini diambil kerana giliran untuk menunaikan haji mengambil masa yang panjang.

check scammer