Wednesday, 5 October 2016

Jom beramai2 turun padang di Persiaran Perdana Putrajaya

Tuesday, 4 October 2016

TAWARAN PENGAMBILAN ENUMERATOR SECARA SAMBILAN

Assalamualaikum w.b.t / Selamat sejahtera
Saudara/i 
TAWARAN PENGAMBILAN ENUMERATOR SECARA SAMBILAN BAGI PELAKSANAAN KAJIAN HARI SUKAN NEGARA 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) di bawah Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia (KBS) akan melaksanakan satu kajian penilaian sempena penganjuran Hari Sukan Negara 2016 ( HSN’16) pada 8 oktober 2016.
Skop Penyelidikan ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap kesedaran serta aspek “Tangible Outcome” dari pelbagai elemen mencakupi pembudayaan sukan dan gaya hidup sihat, perpaduan, sosio-ekonomi, serta melihat corak penglibatan dan kerjasama oleh syarikat-syarikat GLC/Korporat/Swasta  ke atas inisiatif kementerian menganjurkan  program Hari Sukan Negara 2016 bagi membantu usaha kerajaan untuk mencapai misi menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan  (Sporting Nation) menjelang tahun 2020.
kajian ini akan dilaksanakan melibatkan 5 Zon di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi proses pungutan data dilapangan. Sehubungan dengan itu, Pihak IYRES ingin menawarkan kepada para belia yang berminat untuk menjadi Enumerator secara sambilan bagi membantu pihak IYRES dalam mengedarkan borang kaji selidik. Jumlah enumerator yang di perlukan seramai 95 orang dan setiap kawasan memerlukan 5 orang enumerator sahaja. kawasan-kawasan yang terlibat seperti berikut:

Jika anda berminat untuk menjadi enumerator sambilan bagi pelaksanaan kajian ini,  boleh daftar di link berikut:
http://iyres.gov.my/index.php?option=com_rsform&view=rsform&formId=5&Itemid=313&lang=ms
Tarikh Tutup : 5 Oktober 2016 (Rabu)
Untuk sebarang maklumat lanjut berhubung pelaksanaan kajian ini, Tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami:
  1. Cik Asnida Hamid                           019-4137528
  2. En Mohd Rizal Mohd Sham          017-7378798

"1 BELIA 1 MALAYSIA"
SUMBER:
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (IYRES)
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA, ARAS 10, MENARA KBS, PRESINT 4, NO 27 PERSIARAN PERDANA, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKETUAN,
62570 PUTRAJAYA. 03 - 8871 3705 (TEL); 03 - 8871 3342 (FAX)
http://www.iyres.gov.myhttp://www.facebook.com/IPPBMhttp://www.twitter.com/iyreskbshttps://instagram.com/iyreskbs

Monday, 22 August 2016

Tak persia pengalaman

Nor Adzleen (kiri)tidak pernah meletakkan kekurangan diri sebagai alasan untuk berputus asa
Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my

Nor Adzleen Abdul Karim, 32, adalah anak kedua daripada empat beradik. Dia dilahirkan normal, namun ketika usianya 14 bulan, Nor Adzleen diserang demam panas.
Pada mulanya, tiada kesan komplikasi yang dilihat, hanya keadaan kakinya yang sedikit berpusing. Ketika itu, tiada perbezaan yang dilihat sebaliknya dia juga petah bercakap walaupun masih belum mampu menuturkan perkataan penuh.
Disebabkan kelihatan normal, tiada sesiapa yang mengesyaki perubahan pada diri Nor Adzleen. Pada usianya sekitar lima tahun, barulah ibunya mula menyedari perubahan yang berlaku.
Nor Adzleen tidak memberi sebarang maklum balas apabila ibu memanggil namanya. Apabila diperiksa, doktor mengesahkan dia mengalami masalah pendengaran dan bisu.
Ketika itu, pelbagai cara dan rawatan cuba dilakukan namun tidak berhasil. Hingga ke hari ini, Nor Adzleen masih menggunakan alat pendengaran. Namun, di sebalik kekurangan diri itu, dia tidak pernah berputus asa malah gigih meneruskan kehidupan dengan kerjaya yang diminati sejak kecil.
Menerusi bantuan adiknya, Muhammad Ilham Abdul Karim yang memahami bahasa isyarat dituturkan Nor Adzlen, dia berkongsi pengalamannya dalam dunia bakeri dan pastri selama 12 tahun.
“Selepas tamat belajar di Politeknik, saya meneruskan pekerjaan dalam bidang bakeri dan pastri di hotel, pasar raya dan penyedia khidmat katering. Dua tahun lalu, saya memberanikan diri membuka perniagaan secara dalam talian di bidang sama.
“Disebabkan menerima tempahan yang banyak dan tidak mempunyai masa, saya berhenti kerja untuk memberi perhatian yang penuh pada perniagaan sendiri. Namun, saya tidak mampu menyiapkan tempahan yang banyak dengan cepat kerana faktor peralatan yang dimiliki.
“Di sebalik kesukaran dialami, saya bersyukur kerana ada saudara terdekat yang mengetahui memahami minat dan kemahiran saya, sekali gus membantu mencapai impian untuk membuka kedai pada 14 Ogos yang lalu,” katanya.
Kedai kek dan pastri yang terletak di Keramat Business Center yang dikendalikan Nor Adzleen dan adiknya itu dirasmikan Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari.
Biarpun sudah memiliki kedai fizikal, Nor Adzleen masih aktif menerima tempahan kek, pai dan roti secara dalam talian. Antara kek terlaris dan banyak menerima tempahan ialah Chocolate Moist, Chocolate Oreo, Chocolate Cheese, Red Velvet, kek keju dan aiskrim.
Pemilik dan cef di Sugar Village by Cef Leen ini menambah, dia berasa terharu dengan kepercayaan yang diberikan dan merancang untuk mengadakan kelas berkaitan bagi menyampaikan ilmu dimiliki dengan individu berminat.
Pada masa sama, dia juga harus berusaha dengan gigih untuk membesarkan dua anaknya yang berusia tujuh dan lima tahun memandangkan Nor Adzleen adalah ibu tunggal.
Bukan itu saja, ibu bercita-cita tinggi ini turut aktif dalam Persatuan Orang Pekak Malaysia dan Persatuan Orang Pekak Selangor sebagai ahli jawatankuasa (AJK).
Justeru, dia tidak jemu menyuntik semangat dan memberi sokongan kepada rakan lain agar aktif mengikuti aktiviti yang diadakan dan menjadikannya sebagai motivasi diri masing-masing.
Ada kalanya kemahiran yang dimiliki sengaja dicabar dengan menyertai pertandingan. Ujarnya, dia pernah menyertai pertandingan Cabaran Kek Malaysia 2016 yang disertai 25 peserta dari China, Hong Hong dan Taiwan, baru-baru ini.
Biarpun hanya mendapat hadiah sagu hati, Nor Adzleen tetap puas apabila menerima Anugerah Khas (Sikap) dalam pertandingan berkenaan, sekali gus melonjakkan semangat untuk terus berjaya di bidang yang diceburinya.
Perkasa golongan OKU
Bagi Pengerusi Sugar Village by Chef Leen, Izman Ibrahim, memperkasakan golongan kurang upaya (OKU) menjadi matlamat utama dalam perniagaan berkenaan.
“Ada kalanya, golongan OKU yang mempunyai kemahiran tertentu tidak tahu cara untuk menonjolkan diri dan berjaya dalam bidang diceburi. Justeru, saya ingin membuka peluang kepada mereka menggunakan kemahiran dan bakat dimiliki dengan cara yang betul.
“Saya mahu membantu mereka dengan memberi panduan serta tunjuk ajar dalam membangunkan diri untuk mencapai kejayaan yang diimpikan, sama seperti manusia normal lain,” katanya.
Bagi menunjukkan sokongan kepada golongan berkenaan, Izman memberi kepercayaan dengan 80 peratus dekorasi kedai ini disiapkan oleh pekerja OKU. Ujarnya, idea untuk membuka kedai roti dan kek itu tercetus selepas melihat kemahiran ditunjukkan Nor Adzleen.
Pada masa sama, dua anaknya juga begitu meminati kek. Izman turut mengakui keenakan kek yang dihasilkan oleh Nor Adzleen membuatkan dirinya teruja untuk membantunya memperbaiki diri dan menyiapkan tempahan dengan lebih pantas menerusi keperluan peralatan yang disediakan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2016 @ 5:00 AM
http://www.hmetro.com.my/node/161070
sumber asal: Hmetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...