Sunday 19 June 2016

Perniagaan FoodTruck


BAGAIMANA HENDAK MEMULAKAN PERNIAGAAN FOODTRUCK

Chapter 2 – Lesen, Permit & Etc

Salam Sejahtera

Jutaan terima kasih ke atas respon yang diberikan dalam Chapter 1 yang amat menggalakkan tidak kira bangsa. Pembaca hampir 200k. 

Untuk makluman senarai berikut merupakan keperluan dan semua jumlah adalah ANGGARAN yang mana ia mungkin rendah atau tinggi. Banyak kos yang boleh dikurangkan dalam setiap chapter yang mana ia bergantung kepada anda. Semuanya adalah panduan kepada yang ingin berjinak atau mengenali perniagaan foodtruck. Dan untuk makluman semua ia adalah panduan untuk memulakan perniagaan FOODTRUCK dan bukan gerai penjaja.

RENUNG-RENUNGKAN

TEPUK DADA TANYA SELERA

YANG BAIK JADIKAN TELADAN DAN BURUK ITU JADIKAN SEMPADAN

UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI

KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNGNYA MANAKAN DAPAT SAGUNYA

YANG BULAT TIDAK DATANG MENGGOLEK, YANG PIPIH TIDAK DATANG MELAYANG

KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI

Berbalik kepada Chapter 2 iaitu lesen, permit & etc. Untuk makluman, semua jumlah adalah anggaran dan anda dikehendaki menyemak dilaman web, telefon atau pergi sendiri ke pihak yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Kami hanya bagi sedikit gambaran perkara berkaitan. Anda semua perlu teliti mana yang perlu dan tidak. Rujukan adalah foodtruck bersaiz kecil baru (55k)

 1.      Daftar SSM

-          Setiap perniagaan wajib ada SSM (Pendaftaran perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia) bnyk lokasi. Jangan guna agen jika mahal

-          jika tidak semua perkara akan tergendala kerana untuk beli lori/van & etc perlu ada SSM, buat akaun bank perlu ada ssm, mohon permit perlu ada ssm sebab itu ia nya penting.

-          Fi untuk nama tred Rm60/nama sendiri Rm30 + duit minyak/parking (naik motor jimat) siap dalam masa 1 jam

 2.      Daftar Akaun semasa bank

-          Akaun semasa ini biasanya ada buku cek dan boleh buat transaksi secara online. Biasanya jika hendak beli foodtruck baru perlu sekurang2nya 6 bulan. Menabung dalam acc ini supaya ia nampak aktif.

-          Deposit biasanya rm1000-Rm2000 bergantung kepada bank. Boleh keluarkan balik lepas dah setel buat acc. Jika nk apply tekun, mara mereka pun hendak tengok acc semasa.

-          Recommendation dari rakan yang mempunyai acc semasa diperlukan

 3.      Lesen GDL

-          Bwh 3tan wajib ada. Jangan amik risiko sekiranya anda kena saman (RM300) / kemalangan atau apa2 yang berkaitan.

-          Fi anggaran Rm500. Boleh pergi kelas ujung minggu.

 4.      Kursus penyediaan makanan

-          Antara syarat yang kena ada untuk mohon permit/ lesen

-          Fi anggaranRm100-Rm200. Anda akan diberi sijil setelah tamat kelas. Biasanya 1 hari. Boleh pergi kelas ujung minggu.

-          Tidak rugi pun jika pergi sebab anda akan dapat ilmu.

 5.      Suntikan Typhoid

-          Boleh buat dekat klinik swasta atau klinik kerajaan

-          Fi Rm21-Rm80. Lepas suntik dapat kad

-          Jika di Klinik DBKL fi Rm21 shj (lokasi Tingkat 1, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar, DBKL, KM4, Jalan Cheras Kuala Lumpur)

 6.      Lesen /permit foodtruck dari PBT

-          PBT- Pihak Berkuasa tempatan. Carilah mana yang berhampiran cth Majlis daerah, Majlis Perbandaran, Dewan bandaraya dan seangkatan.

-          Untuk makluman masih tiada lesen foodtruck di keluarkan oleh PBT (dalam kajian katanya) akan tetapi berita baik DBKL telah keluarkan permit sementara untuk lokasi tertentu seperti jln dungun

-          Mohon dahulu sekiranya dapat atau tidak lain cerita. Jgn salahkan PBT jika barang anda disita atau disaman. Sekurangnya isu pertelingkaran dapat dikurangkan. (jangan asyik hendak ‘RAMBOO’ sahaja)

-          Jika tiada lesen foodtruck mohon apa-apa lesen yang bersesuaian (cth lesen niaga statik) sila rujuk pegawai perlesenan yang berkenaan

-          Cuba buat semakan syarat diperlukan spt pelan lokasi, gambar lokasi, masa operasi, jenis makanan@minuman dan etc

-          Cuba tanya pengalaman foodtruck2 dengan PBT

-          Jika tidak mahu mohon lesen sertai event2 yang perlukan foodtruck (bayaran foc-rm1000/perday)

-          Fi yang dianggarkan untuk lesen/permit Rm500 atau kurang

-          Tempoh hendak lulus memakan masa so boleh mohon sementara foodtruck belum/dalam proses siap.

-          Bab ini kena cekal & tabah sedikit. Mungkin ramai sangat pemohon

 7.      Etc

-          Cop company (cop dokumen foodtruck/buka acc bank)

-          Gambar passport (lesen/permit/suntikan typhoid)

Untuk mengurangkan kos perlu buat satu per satu agar tidak membebankn kepada sesiapa yang tidak mempunyai banyak budget. Anda diminta untuk membuat research supaya dapat tambahkan ilmu. Kami hanya membantu dimana yang terdaya. 

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan berjumpa kita di chapter yang lebih menarik iaitu FOODTRUCK. Chapter yang sangat ditunggu-tunggu.



1 comment: