Aku aZaHaR
sharing is caring
Sunday, 13 September 2026
Kehidupan Ini Hanya Sementara
Monday, 11 May 2026
YANG PERNAH HADIR DALAM HIDUP AKU
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua yang pernah hadir dalam hidup aku
Kalau satu hari nanti aku pergi meninggalkan dunia ini dulu, aku cuma nak minta maaf atas segala salah dan silap aku. Maaf kalau pernah melukakan hati, mengecewakan, menyusahkan atau membuat sesiapa terasa dengan kata-kata dan perbuatan aku selama ini.
Aku juga mohon halalkan segala makan minum aku, jasa baik, pertolongan dan segala yang pernah kalian beri kepada aku. Sesungguhnya aku sangat menghargainya walaupun kadang aku tak pandai tunjuk.
Aku cakap awal-awal bukan sebab aku putus asa, tapi sebab mati itu bila-bila masa boleh datang tanpa kita tahu. Aku cuma tak nak pergi tanpa sempat meminta maaf dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah ada bersama aku.
Buat mak, terima kasih sebab melahirkan dan membesarkan aku. Doa dan kasih sayang mak takkan pernah mampu aku balas.
Buat isteriku, terima kasih kerana pernah bertahan dan menemani hidup aku dalam susah dan senang.
Buat kawan-kawan dan insan yang pernah aku sayang, terima kasih sebab pernah menceriakan hidup aku walaupun sekejap.
Kalau ada umur panjang, kita jumpa lagi di dunia. Kalau tidak… aku tunggu kalian di syurga, insya-Allah.
Terima kasih untuk segalanya.
Saturday, 18 April 2026
RADIO MALAYSIA
senarai lengkap radio Malaysia (Lembah Klang)
📻 RTM – Radio Televisyen
Malaysia
Nasional FM – 88.5 FM – info, berita & hiburan santai
TraXX FM – 90.3 FM – muzik English & antarabangsa
Ai FM – 89.3 FM – hiburan Mandarin
Minnal FM – 92.3 FM – muzik & hiburan Tamil
Asyik FM – 91.1 FM – komuniti Orang Asli
Klasik Nasional – 98.3 FM – lagu lama & klasik
📻 Astro Radio – Astro
Radio
ERA – 103.3 FM – muzik Melayu terkini & popular
SINAR – 96.7 FM – lagu retro & santai
HITZ – 92.9 FM – English Top 40 hits
MY FM – 101.8 FM – muzik Mandarin moden
MELODY – 103.0 FM – Mandarin dewasa & nostalgia
GOXUAN – 88.9 FM – Gen Z & Mandarin trending
RAAGA – 91.5 FM – muzik & hiburan Tamil
ZAYAN – 104.9 FM – hiburan Islamik & motivasi
📻 Media Prima Audio –
Media Prima Audio
Hot FM – 97.6 FM – muzik Melayu trending
Fly FM – 95.8 FM – muzik English & santai
Eight FM – 88.1 FM – Mandarin kontemporari
📻 Lain-lain
BFM 89.9 – 89.9 FM – bisnes, ekonomi & isu semasa
Bernama Radio – 93.9 FM – berita & informasi
Suria FM – 105.3 FM – muzik Melayu santai
IKIM FM – 91.5 FM – ceramah agama & ilmu Islam
Sunday, 1 February 2026
Friday, 21 November 2025
-
Wajib tahu Shortcut Keys System!! CTRL+A. . . . . . . . . . . . . . . . . Select All CTRL+C. . . . . . . . . . . . . . . . . Co...
-
Perkhidmatan yang disediakan di Tanah Perkuburan Taman Selatan, Presint 20 Putrajaya adalah seperti berikut:- - Perkuburan Islam (Khas untuk...
-
Contoh-contoh surat berhenti kerja yang akan saya kongsikan adalah antara koleksi peribadi dan ada juga yang saya ambil dari sumber internet...
