Wednesday 2 December 2015

5 Nasihat Bisnes Daripada Billionaire Yang Paling Penting Bagi Pengasas Breathometer

Charles Michael Yim merupakan pengasas dan CEO Breathometer. Dia membangunkan strategi startup menggunakan nasihat mentor billionairenya seperti Mark Cuban dan Richard Branson. Baginya adalah penting untuk mendapatkan tip-tip daripada orang yang telah berjaya kerana itulah tip-tip berkualiti berbanding daripada mereka yang tak pernah berjaya apa-apa.

Ini 5 nasihat pengajaran bisnes yang paling penting daripada mentor billionaire yang telah memberi inspirasi kepada Yim.
1. Cepat gagal
Semakin cepat anda faham produk/servis itu tidak berfungsi seperti yang sepatutnya, lebih cepat anda akan mencapai satu penyelesaian yang berfungsi. Maka, kunci utamanya adalah untuk mengenalpasti dengan cepat apa yang gagal dan terus bergerak ke hadapan. Ini kerana adalah penting membina sesuatu yang memberi nilai kepada pasaran masing-masing dan hasil itu diperolehi daripada pelbagai percubaan dan kegagalan.
2. Bina penyelesaian masalah
Jika anda ingin membina perniagaan yang bernilai dan mampan, anda perlu melakukan pendekatan usaha dengan rangka kerja penyelesaian masalah. Ini kerana sebuah syarikat yang berjaya kerana memahami keperluan sebenar dan seterusnya mewujudkan peluang dan nilai yang diperlukan. Maka, adalah penting melakukan proses inovasi dalam penyelesaian masalah dengan cara yang kreatif dan mungkin tidak pernah difikirkan oleh orang lain sebelum ini.
Baca: Bagaimana Untuk Memulakan Sebuah Bisnes Start-Up
3. Bina budaya dari mula
Budaya adalah asas syarikat. Budaya itu wujud daripada orang, bukan teori semata-mata. Yim mengikuti formula SWAN dalam pembinaan budaya syarikatnya.
  • S = Smart
  • W = Work Hard
  • A = Ambitious
  • N = Nice
Mula amalkan formula SWAN daripada awal dan ia akan menjadi organik dan orang-orang di dalam syarikat akan membinanya sendiri.
Budaya penting kerana ia memberi syarikat momentum apabila perlu menjalani kepayahan di dalam keusahawanan.
4. Kumpulan hebat menghasilkan produk/servis hebat
Bisnes adalah persembahan satu kumpulan. Bisnes bukan kerja seorang individu. Pelabur seperti Cuban dan Branson melihat kumpulan sebagai satu produk dan mereka mengetahuinya apabila mereka melihat sesebuah kumpulan.
Jika anda mempunyai kumpulan yang tahu bagaimana menyelesaikan masalah dan tabah, anda boleh berbincang, melelar dan menghuraikan prototaip sehingga jumpa idea yang betul.
Pasukan yang betul akan mempunyai paduan yang sesuai dengan sikap, kecerdasan, ketabahan, semangat dan kepakaran domain.
Baca: 5 Tip Dari 5 Pakar Untuk Kejayaan Bisnes Pada 2015
5. Jangan takut
Cuban dan Branson telah menyatakan bahawa syarikat-syarikat yang paling berjaya di dunia ini mencipta warisan dengan melanggar peraturan dan tidak mengikuti kepercayaan umum atau pemikiran.
Apabila anda berfikir secara tidak konvensional, inovasi sebenar dan gangguan boleh berlaku.
Anda boleh memanggilnya sebagai “anjakan paradigma”, “transformasi” atau apa sahaja istilah yang boleh membuatkan anda bermotivasi.
Ambillah jalan yang kurang dilalui oleh orang lain jika anda benar-benar mahu mengatasi model bisnes sedia ada dan industri tradisional.
Menurut Yim, tip nombor 5 ini bertentangan dengan tip-tip lain kerana ia memerlukan anda membina jalan sendiri. Ini kerana Yim menyatakan dua startup tidak mungkin melalui jalan yang sama. Sebuah startup perlu dibina berdasarkan senario semasa yang dihadapi dan jika mahu membina sesuatu yang tidak mahu diabaikan oleh dunia, lakukannya dengan cara anda sendiri.
LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

No comments:

Post a Comment