Monday 10 August 2015

SUSU KAMBING


Tahun ini aku menghadapi masalah gastrik dan pening kepala, ubat hanya merawat dan menghilangkan rasa sakit (ubat tahan sakit). tidak mampu menyembuhkan.
kawan aku perkenalkan susu kambing, aku cuba amalkan minum susu kambing. 2kali sehari dalam seminggu ia benar-benar berkesan, bagaikan ibu segala ubat.
hari ini aku sentiasa amalkan minum susu kambing demi kesihatan…

aku cuba google sejarah susu kambing sila baca dibawah ini, sebenarnya banyak maklumat mengenai susu kambing. Anda cuba cari susu kambing di enjin carian www.google.com.my
Susu kambing adalah minuman kegemaran Rasulullah,
Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi.
Ia juga sering dijadikan bahan membuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Industri komestik juga mengeluarkan produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun dan krim pencukur.



Sejarah Susu Kambing

NABI ADAM
Bermulanya Human Civilization (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia.

NABI IBRAHIM
Merupakan penternak kambing yang agong.Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing- kambingnya.Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.

NABI ISA
Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel – bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.

NABI MUHAMMAD SAW
Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah saw adalah susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing (kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik Uqbah Mu’aith)
Dipetik dari Tulisan Dr. Indah Kristanti-Alhikmah.com.

Peristiwa Israk Mikraj
Nabi Muhammad s.a.w telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Jibrail iaitu Arak, Madu dan Susu kambing. Baginda memilih susu kambing (“minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu”).
Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. Khasiatnya memang tidak dapat nafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan dari susu kambing yang luar biasa. Tokoh seperti Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi memulakan hari dengan segelas susu kambing yang segar diikuti dengan segelas sebelum masuk tidur.

Dinasti China
2,500 tahun dahulu puteri-puteri Maharaja China mengamalkan minum susu kambing dan berendam dalam susu kambing.

Hindu
Masyarakat India dan penganut agama Hindu juga mengamalkan minum susu kambing bertujuan:
-Meningkatkan Daya Ingatan
-Ketahanan Badan
-Amalan Perubatan



No comments:

Post a Comment