1. Penambahbaikan Skim Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Kelayakan masuk skim Askar-Lasykar Angkatan Tetap ATM (Gred Z1 – Tugas Khusus) diperluas kepada tujuh kelayakan pelbagai seperti Kor Perubatan, Kor Agama dan Kor Kejuruteraan.
- Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) kini meliputi Sarjan (Gred Z4) dan Staf Sarjan (Gred Z5).
- Tempoh perkhidmatan untuk kelayakan BIPs dipendekkan daripada enam tahun kepada empat tahun, memberi manfaat kepada 3,789 anggota dengan implikasi RM6.47 juta setahun mulai 1 Januari 2026.
2. Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) untuk Pegawai Awam
- Insentif kewangan sekali sepanjang perkhidmatan bagi pegawai yang menamatkan pengajian menggunakan perbelanjaan sendiri.
- Kadar: RM1,250 (PhD), RM1,000 (Sarjana), RM750 (Ijazah Sarjana Muda), RM500 (Diploma/setaraf).
- Melibatkan bajet RM75.7 juta untuk manfaat 91,672 pegawai awam merentasi semua skim perkhidmatan.
3. Peruntukan RM3 Juta Memperkasa INTAN
- RM1 juta untuk peningkatan kapasiti pegawai awam dalam bidang baharu seperti AI, blockchain dan PQC.
- RM1 juta untuk menjadikan INTAN pusat rujukan tadbir urus, modal insan, penyampaian perkhidmatan dan kerjasama awam-swasta.
- RM1 juta untuk penerbitan INTAN Country Report setaraf laporan OECD dan World Bank.
4. Program APEL.Q Diteruskan untuk Tahun 2026
- Bantuan yuran pengajian sehingga 50 peratus atau maksimum RM15,000.
- Peruntukan RM1.5 juta bagi membolehkan penjawat awam melanjutkan pengajian melalui pengiktirafan pembelajaran terdahulu.
5. Pemansuhan Syarat Pengesahan Perkhidmatan untuk Cuti Haji
- Penjawat awam tetap kini boleh memohon cuti haji tanpa perlu memenuhi syarat pengesahan dalam perkhidmatan.
- Langkah ini diambil kerana giliran untuk menunaikan haji mengambil masa yang panjang.
No comments:
Post a Comment