Sunday, 24 August 2025

check scammer

PDRM baru naik taraf website untuk check scammers.
Sekarang memang lagi senang untuk diguna.
Kita boleh terus semak secara spontan:
https://semakmule.rmp.gov.my/

Saturday, 16 August 2025

Lima inisiatif baharu tingkat kesejahteraan penjawat awam



1. Penambahbaikan Skim Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  • Kelayakan masuk skim Askar-Lasykar Angkatan Tetap ATM (Gred Z1 – Tugas Khusus) diperluas kepada tujuh kelayakan pelbagai seperti Kor Perubatan, Kor Agama dan Kor Kejuruteraan.
  • Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) kini meliputi Sarjan (Gred Z4) dan Staf Sarjan (Gred Z5).
  • Tempoh perkhidmatan untuk kelayakan BIPs dipendekkan daripada enam tahun kepada empat tahun, memberi manfaat kepada 3,789 anggota dengan implikasi RM6.47 juta setahun mulai 1 Januari 2026.

2. Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) untuk Pegawai Awam
  • Insentif kewangan sekali sepanjang perkhidmatan bagi pegawai yang menamatkan pengajian menggunakan perbelanjaan sendiri.
  • Kadar: RM1,250 (PhD), RM1,000 (Sarjana), RM750 (Ijazah Sarjana Muda), RM500 (Diploma/setaraf).
  • Melibatkan bajet RM75.7 juta untuk manfaat 91,672 pegawai awam merentasi semua skim perkhidmatan. 

3. Peruntukan RM3 Juta Memperkasa INTAN
  • RM1 juta untuk peningkatan kapasiti pegawai awam dalam bidang baharu seperti AI, blockchain dan PQC.
  • RM1 juta untuk menjadikan INTAN pusat rujukan tadbir urus, modal insan, penyampaian perkhidmatan dan kerjasama awam-swasta.
  • RM1 juta untuk penerbitan INTAN Country Report setaraf laporan OECD dan World Bank. 

4. Program APEL.Q Diteruskan untuk Tahun 2026
  • Bantuan yuran pengajian sehingga 50 peratus atau maksimum RM15,000.
  • Peruntukan RM1.5 juta bagi membolehkan penjawat awam melanjutkan pengajian melalui pengiktirafan pembelajaran terdahulu. 

5. Pemansuhan Syarat Pengesahan Perkhidmatan untuk Cuti Haji
  • Penjawat awam tetap kini boleh memohon cuti haji tanpa perlu memenuhi syarat pengesahan dalam perkhidmatan.
  • Langkah ini diambil kerana giliran untuk menunaikan haji mengambil masa yang panjang.

Tuesday, 17 June 2025

DUIT CANVA



Tadi borak dengan adik sepupu aku, Aiman. Dia ni masih belajar kat universiti, semester akhir. Tapi lately aku perasan dia ada extra duit sikit – belanja mak makan, top up telefon adik dia. Aku pun pelik.

 So aku tanya: "Man, kau ada buat part-time ke? Ke dapat bantuan special dari mana-mana?" Dia gelak, "Ala bang, aku buat duit pakai Canva je.

Lepas aku baca satu ebook ni, terus nampak peluang nak buat side hustle.
Rasa macam menyesal tak start awal!"

Aku terkejut. Canva? Itu bukan ke app untuk buat poster je? Aiman pun explain sambil tunjuk hasil kerja dia. ???? Cerita Dia Bermula dengan satu ebook ni! Aiman cerita dia mula dari ZERO. Tak tahu pun Canva boleh buat banyak benda.

Tapi ebook ni ajar semua asas:
✅ Cara guna Canva dari basic ke advance.
✅ Macam mana buat design yang nampak pro (walaupun tak pandai design).
✅ 5 cara nak jana pendapatan dengan skill Canva – freelance, buat content, sampai jual design kat syarikat!

 Dia tunjuk satu job freelance dia buat baru ni: Banner bazar Ramadan – RM150 satu design, dia dapat 20 job dalam sebulan!

Siapkan guna template dari Canva je, edit sikit ikut kehendak client.
 Apa yang Bestnya pasal Ebook tu? Aiman suka sebab: ????
Step by step – tak pening nak fikir sendiri. ????
Ada tips dari pengalaman sebenar, termasuk cerita penulis dapat RM12k dalam 48 jam! ????

Sesuai untuk student, freelancer, atau sesiapa nak tambah duit poket. Aku pun terus tertarik.
Kalau Aiman, budak uni yang sibuk dengan assignment boleh buat, kau rasa kau tak boleh?
 Korang pun kena grab ebook ni kalau nak mula jana income dengan cara kreatif.

Klik sini untuk tahu lebih lanjut: CANVA EBOOK

Jangan tunggu lama-lama. Hari ni kau mula, esok mungkin dah nampak hasil!

Tuesday, 20 May 2025

Proton Saga




“Sebelum ni aku sudah kira kos wear & tear untuk Bezza – kereta sedan bajet paling laris di Malaysia.”
Kali ni, kita kira pula untuk pesaing rapat dia dalam segmen sama Proton Saga MC2, model facelift tahun 2022 yang masih jadi pilihan utama untuk mereka yang mahukan kereta murah, tahan, dan nampak moden.
Saga ni bukan sekadar murah atas jalan. Varian Premium S datang siap dengan push start, ESC, kamera undur, dan rim sport.
Tapi sama seperti Bezza, kau kena bersedia dengan bajet wear & tear kalau memang niat nak pakai lama.
Aku sudah kira siap-siap anggaran kos bulanan komponen yang akan haus ikut masa.
Kalau kau pakai untuk ulang-alik kerja, buat e-hailing, atau guna sebagai kereta harian, ini bajet realistik yang kau perlu tahu.

1. Suspension (Setiap 5 tahun atau ~100,000 km)
i) Absorber depan & belakang: RM600
ii) Coil spring: RM450
iii) Lower arm (termasuk ball joint): RM550
iv) Stabilizer link & bush: RM220
Jumlah: RM1,820 | Bulanan: RM30

2. Bush & Mounting (Setiap 5 tahun atau ~100,000 km)
i) Engine mounting: RM450
ii) Gearbox mounting: RM300
iii) Bush lower arm & suspension: RM300
Jumlah: RM1,050 | Bulanan: RM18

3. Tayar (Setiap 2 tahun atau ~50,000 km)
Saiz standard 185/60R14: RM180 sebiji
Set 4 biji tayar: RM720
Jumlah: RM720 | Bulanan: RM30

4. Brek (Setiap 3 tahun atau ~60,000 km)
i) Brake pad depan: RM150
ii) Brake disc depan: RM350
iii) Brake drum belakang: RM400
iv) Brake fluid: RM40
Jumlah: RM940 | Bulanan: RM26

5. Steering (Setiap 5 tahun atau ~100,000 km)
i) Steering rack: RM1,100
ii) Rack end & tie rod: RM300
Jumlah: RM1,400 | Bulanan: RM23

6. Drive Shaft & CV Joint (Setiap 5–6 tahun atau ~120,000 km)
i) Drive shaft depan kiri kanan: RM1,100
ii) CV joint & boot: RM300
Jumlah: RM1,400 | Bulanan: RM23

7. Wheel Bearing (Setiap 4 tahun atau ~80,000 km)
Set depan & belakang: RM800
Jumlah: RM800 | Bulanan: RM17

8. Bateri (Setiap 2 tahun atau ~40,000 km)
Bateri standard NS60: RM250
Jumlah: RM250 | Bulanan: RM10

9. Sistem Penyejukan (Setiap 5–6 tahun atau ~120,000 km)
i) Radiator: RM350
ii) Radiator fan motor & relay: RM200
iii) Hose air + coolant flush: RM150
Jumlah: RM700 | Bulanan: RM12

10. Oil Cooler & Gasket (Setiap 5 tahun atau ~100,000 km)
i) Oil cooler gasket + servis: RM200
ii) Thermostat & o-ring: RM120
Jumlah: RM320 | Bulanan: RM6

Jumlah Kos Wear & Tear Bulanan – Proton Saga MC2 (Lengkap)
Suspension: RM30
Bush & Mounting: RM18
Tayar: RM30
Brek: RM26
Steering: RM23
Drive Shaft & CV Joint: RM23
Wheel Bearing: RM17
Bateri: RM10
Sistem Penyejukan: RM12
Oil Cooler & Thermostat: RM6
Total Kos Wear & Tear Bulanan = RM195

Jadi, bajet realistik wear & tear untuk Proton Saga MC2 ialah sekitar RM195 sebulan.
Ini belum termasuk minyak hitam, gear oil, servis berkala, insurans, dan cukai jalan.
Kalau kau guna Saga untuk 5–10 tahun, inilah kiraan realistik untuk elakkan poket kau koyak tiba-tiba bila barang mula haus satu per satu.
Maklumat tambahan aku letak ruang komen.
Kalau kau mahu aku kira model lain pula, komen saja bro!
#WearAndTearSaga #ProtonSagaMC2 #KosPenjagaanKereta

kredit : Muhammad SE


Sunday, 16 February 2025

Kalau Curiga, Jangan Percaya

Pastikan anda memilih hanya Pengelola Jemaah Haji yang dilesenkan oleh TH sahaja.

Maklumat lanjut:
https://shorturl.at/JLdhr

Ingat!
"Kalau Curiga, Jangan Percaya"

#tabunghaji #haji #haji1446H #malaysiamadani #alfalah #madaniisworking

Monday, 10 February 2025

Hang pakai kereta apa ??

Hang gaji 7K tapi pakai Axia, kawan hang gaji 2K tapi pakai Honda, biarkan. Tak payah judge dia sebagai kaki gaya ke apa.

Hang 30-an tapi masih buat 2-3 kerja, kawan hang 22-25 masih memilih work life balance, biarkan.
Tak payah sibuk judge dia manja ke apa.

Hang 30-an tapi masih tak fikir pasal jodoh, kawan hang umur 25 dah beria cari jodoh & planing, biarkan. Tak payah kata dia beria atau desperate.

Hang dah tak main game, tak layan anime, tak banyak keluar rumah, tak payah kecam lebih-lebih kawan hang yang masih buat semua tu.

Hidup ni lebih simple & tenang bila hang tak ukur orang lain pada perkara yang tak bersangkutan dengan hang.
Semua orang ada timeline & turning point masing-masing.

Kadang-kadang orang yang terlalu bermotivasi bukan sibuk membina diri sendiri, tapi sibuk mengukur kehidupan & flow hidup orang lain.

Menyangka diri sendiri sudah "on the right track" sampai memandang kehidupan orang lain sebagai gagal, terlambat, dan seumpamanya adalah sesuatu yang berbahaya. 

Cukup sekadar mengkritik maslahat umum, tapi ajarlah diri tak bercakap berkenaan kehidupan dan personal life orang lain.

Kredit: Shakir Ibrahim

Sunday, 19 January 2025

NAFKAH

Kewajipan Nafkah dalam Islam

Dalam Islam, nafkah adalah tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya. Ini termasuk penyediaan keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan, pakaian, dan perubatan.

Dalil Al-Qur’an tentang Nafkah

وَعَلَى ٱلْمَوْلُودِ لَهُۥ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِٱلْمَعْرُوفِ

Maksudnya:
“Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang baik.”
(Surah Al-Baqarah: 233)

Hadis tentang Nafkah

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Seseorang cukup dianggap berdosa jika ia menyia-nyiakan tanggungannya.”
(HR. Abu Dawud & Muslim)

Kewajipan Nafkah Suami

✅ Tempat tinggal yang selesa – Sesuai dengan kemampuan
✅ Makanan dan minuman – Yang mencukupi dan halal
✅ Pakaian – Menutup aurat dan sesuai
✅ Perubatan – Untuk kesihatan isteri dan anak-anak
✅ Alatan mandi dan kebersihan
✅ Pendidikan anak-anak

Bukan Nafkah Wajib (Tetapi Dapat Diberikan sebagai Tanda Kasih Sayang)

❌ Duit poket bulanan
❌ Barang kemas
❌ Hadiah
❌ Skincare
❌ Makeup dan hiasan lain

Kesimpulan

Suami bertanggungjawab memastikan keperluan asas keluarga dipenuhi. 

Namun, memberi lebih daripada keperluan asas seperti hadiah atau perhiasan adalah tanda penghargaan dan kasih sayang yang akan mempererat hubungan dalam rumah tangga.

Friday, 17 January 2025

Pilihan pelaburan terbaik

Pilihan pelaburan terbaik untuk menjana lebih banyak keuntungan bergantung kepada tujuan kewangan, risiko yang sanggup diambil, dan jangka masa pelaburan anda. Berikut adalah beberapa pilihan pelaburan yang popular:


1. Saham

  • Kelebihan: Potensi pulangan yang tinggi, terutama untuk syarikat yang berkembang pesat.
  • Kekurangan: Risiko tinggi kerana harga saham boleh turun naik dengan cepat.
  • Siapa yang sesuai: Mereka yang sanggup mengambil risiko dan mempunyai pengetahuan tentang pasaran saham.

2. Amanah Saham (Unit Trust)

  • Kelebihan: Diuruskan oleh pakar pelaburan; pilihan yang lebih stabil berbanding saham individu.
  • Kekurangan: Caj pengurusan boleh mengurangkan pulangan.
  • Siapa yang sesuai: Mereka yang inginkan pelaburan jangka panjang dengan risiko sederhana.

3. Hartanah

  • Kelebihan: Nilai aset biasanya meningkat dalam jangka masa panjang; boleh menjana pendapatan pasif melalui sewaan.
  • Kekurangan: Modal permulaan yang tinggi; memerlukan penyelenggaraan dan pengurusan.
  • Siapa yang sesuai: Mereka yang bersedia untuk melabur dalam aset fizikal dengan potensi pendapatan tetap.

4. Emas dan Logam Berharga

  • Kelebihan: Aset selamat yang mengekalkan nilai semasa inflasi tinggi.
  • Kekurangan: Tidak menjana pendapatan (contohnya, tiada dividen atau sewa).
  • Siapa yang sesuai: Mereka yang mencari pelaburan selamat dalam jangka panjang.

5. Pendapatan Pasif melalui Pelaburan Digital (Seperti Crypto atau NFT)

  • Kelebihan: Potensi keuntungan tinggi dalam tempoh singkat.
  • Kekurangan: Sangat berisiko dan tidak stabil; memerlukan pengetahuan mendalam.
  • Siapa yang sesuai: Mereka yang memahami teknologi blockchain dan bersedia mengambil risiko besar.

6. Pelaburan dalam Perniagaan

  • Kelebihan: Keuntungan berpotensi besar jika perniagaan berjaya.
  • Kekurangan: Risiko tinggi, terutama untuk perniagaan baru.
  • Siapa yang sesuai: Mereka yang mempunyai modal dan bersedia untuk berusaha membangunkan perniagaan.

Tip untuk Memilih Pelaburan:

  1. Kenal pasti matlamat kewangan anda: Adakah untuk pendapatan pasif, simpanan jangka panjang, atau keuntungan cepat?
  2. Tentukan toleransi risiko: Berapa banyak kerugian yang anda sanggup tanggung?
  3. Pelbagaikan pelaburan: Jangan letak semua wang anda di satu tempat; ini boleh mengurangkan risiko.

Thursday, 19 December 2024

JAWATAN KOSONG UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU)





Peluang kerjaya khas untuk OKU, temuduga terbuka, dan bimbingan kerjaya – semuanya di TEMU DUGA TERBUKA MYFUTUREJOBS HARI OKU 2024!

Bina Kerjaya, Bina Harapan!

Tahun baru, kerja pun baru! Jangan lepaskan Karnival Kerjaya MYFutureJobs OKU untuk temui jawatan yang sesuai dengan anda.

📅  19 Disember 2024

  10 pagi - 3 petang

Wisma PERKESO Petaling Jaya, Tingkat 1

Daftar sekarang: [https://bit.ly/HARIOKU2024]


Peluang kerja khas buat OKU menanti! Jumpa anda di sana!
#PERKESO #MYFutureJobs #OKU #PeluangKerjaya

Wednesday, 18 December 2024

Renew road tax dengan BJAK


Hai, saya baru renew road tax dengan BJAK dan ingin kongsi diskaun RM30 dengan anda. Klink link di bawah untuk semak harga insurans dan anda akan dapat diskaun segera.

klik sini ==>>> https://bjak.my/?r=MOHD-AZAHAR-BIN-ALXT5Z2F

check scammer