Assalamualaikum dan salam sayang buat semua yang pernah hadir dalam hidup aku
Kalau satu hari nanti aku pergi meninggalkan dunia ini dulu, aku cuma nak minta maaf atas segala salah dan silap aku. Maaf kalau pernah melukakan hati, mengecewakan, menyusahkan atau membuat sesiapa terasa dengan kata-kata dan perbuatan aku selama ini.
Aku juga mohon halalkan segala makan minum aku, jasa baik, pertolongan dan segala yang pernah kalian beri kepada aku. Sesungguhnya aku sangat menghargainya walaupun kadang aku tak pandai tunjuk.
Aku cakap awal-awal bukan sebab aku putus asa, tapi sebab mati itu bila-bila masa boleh datang tanpa kita tahu. Aku cuma tak nak pergi tanpa sempat meminta maaf dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah ada bersama aku.
Buat mak, terima kasih sebab melahirkan dan membesarkan aku. Doa dan kasih sayang mak takkan pernah mampu aku balas.
Buat isteriku, terima kasih kerana pernah bertahan dan menemani hidup aku dalam susah dan senang.
Buat kawan-kawan dan insan yang pernah aku sayang, terima kasih sebab pernah menceriakan hidup aku walaupun sekejap.
Kalau ada umur panjang, kita jumpa lagi di dunia. Kalau tidak… aku tunggu kalian di syurga, insya-Allah.
Terima kasih untuk segalanya.
No comments:
Post a Comment