Segala puji bagi ALLAH SWT.
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ALLAH SWT mengurniakan saya kekuatan untuk menjalani kehidupan sebagai seorang Orang Kurang Upaya (OKU) Pekak.
Pekak bermaksud saya tidak dapat mendengar seperti insan lain. Namun, itu bukan penghalang untuk saya berkomunikasi, berkongsi perasaan dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Saya berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.
🤲 Tangan bercakap, mata mendengar.
❤️ Bahasa isyarat adalah suara hati dan cara kami berhubung dengan dunia.
Semoga masyarakat terus memahami, menghormati dan menghargai komuniti Orang Pekak serta bahasa isyarat.
Selamat Menyambut Hari Bahasa Isyarat Sedunia. 🤟
Semoga bahasa isyarat terus menjadi jambatan yang menyatukan kita semua.
Alhamdulillah atas segala nikmat dan kekuatan yang ALLAH SWT berikan. 🤲❤️

No comments:
Post a Comment