Penjawat awam di Malaysia boleh menikmati kemudahan insurans kenderaan khas melalui program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia (myezycover.com). Program ini membolehkan penjawat awam memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan tanpa bayaran pendahuluan dan tanpa faedah.
Kemudahan ini menggunakan Skim Potongan Gaji ANGKASA (SPGA), membolehkan pembayaran balik secara ansuran sehingga 10 bulan. Ia berlandaskan konsep patuh syariah, iaitu Qardhul Hasan, tanpa unsur riba. Penjawat awam tetap dan bertaraf kontrak yang nisbah hutangnya tidak melebihi 60% daripada pendapatan bulanan layak memohon skim ini. Selain itu, perlindungan insurans boleh diperoleh dengan cepat, hanya dalam masa lima miniT.
Program ini juga membolehkan penjawat awam mengambil perlindungan tambahan untuk melindungi kenderaan dan penumpang daripada risiko seperti kemalangan dan bencana alam seperti banjir.
Untuk maklumat lanjut dan permohonan, penjawat awam boleh melayari laman web myezycover.com atau menghubungi pejabat ANGKASA.
No comments:
Post a Comment