Thursday 19 November 2015

Allianz sedia pelan OKU

 


ALLIANZ Malaysia Bhd (Allianz Malaysia) menyediakan penyelesaian insurans kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dengan memperkenalkan tiga produk baharu Allianz Ability Life, Allianz Care Individual dan Allianz Individual PA.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakri Khir berkata, 500,000 OKU berdaftar di negara ini dan menjangkakan mereka akan membeli polisi yang disediakan.

"Syarikat ada 70,000 ejen dan kini bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan NGO untuk menjual produk. Idea menyediakan penyelesaian insurans  OKU tercetus di Innovation Incubator Workshop September 2014.

"Bengkel tersebut terdiri daripada kakitangan Allianz, wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan yang bekerja dengan OKU, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bekerjasama menangani cabaran persefahaman dan meningkatkan akses untuk OKU,” katanya selepas melancarkan tiga produk baharu di Kuala Lumpur.

Kata setakat ini, Allianz tidak menanggung mereka tidak berkeupayaan dari segi pembelajaran dan mental.

Sementara itu, Zakri berkata, Allianz menjangkakan pertumbuhan meningkat dalam premium bagi tahun kewangan 2015 walaupun berdepan cabaran ekonomi.

"Tahun lalu,  dua anak syarikat Allianz Malaysia, Allianz General Insurance Co (M) Bhd dan Allianz Life mencatatkan RM3.9 bilion.

“Kedua- dua segmen menunjukkan pertumbuhan  memberangsangkan pada tahun ini. Jumlah aset pengurusan syarikat RM12 bilion hingga RM13 bilion,” katanya.

Zakri berkata, syarikat juga akan melancarkan beberapa lagi produk baharu tahun ini.

Produk Allianz Ability Life diunderait Allianz Life adalah satu pelan insurans hayat yang boleh diperbaharui setiap tahun, direka khas untuk OKU, mempunyai kadar premium berpatutan serendah RM50 dan jumlah diinsuranskan RM25,000 dan RM70 untuk jumlah insurans RM50,000. Ini terbuka untuk golongan OKU berumur 16 hingga 70 tahun.
Dua produk lain, Allianz Care Individual dan Allianz Individual PA diunderait Allianz General. Produk ini merupakan produk-produk sedia ada Allianz kini dilanjutkan kepada golongan OKU.
 
suber: sinar harian 

No comments:

Post a Comment